holiday !

31 march 2013

assalamualaikum peeps ! isnin , selasa and rabu lepas ayah bawak pergi holiday . sekian lama tak spend time with lovely family . now baru dapat merasa . dah lama tunggu saat saat ni . so holiday kali ni kami pergi PULAU AMAN , duduk sana 3 hari 2 malam tapi depa punya barang . makk aiii ! macam sebulan nak duduk situ . hahaha . maybe tak ramai pun orang holiday dekat pulau aman sebab dekat situ tempat orang selalu memancing je . tapi seriously memang seronok sangat dekat situ .

apa yang seronok ? okay first yang special dekat situ sebab di kelilingi air laut . aku ni kan suka benda yang nature jadi memang tak salah laa pilihan my mom pergi holiday dekat situ . homestay kami betul betul dekat laut . Ya Allah luas mata memandang , dengan angin kuat lagi , dengan ada gunung gunung dekat situ . cantik sangat ! mula mula sampai je , tangan aku dah gatal nak snap snap dekat situ . setiap sudut aku tangkap , hahahahaha .
 


ni first shot yang aku ambil . cantik kan ? fresh je mata bila tegok keadaan macam ni. kalau perhatikan gambar tu betul betul , di antara dua bukit tu ada jambatan kan . haa tu lah jambatan kedua pulau pinang . panjang gilaa jambatan dia .second day kami naik bot pg jalan jalan dari pulau ke pulau tuh , and orang bot tu bawak kitorang pegi dekat jambatan pulau pingan kedua tuh . jauh kot dari tempat kitorang duduk .


yang ni gambar second day ,  bangun awal pagi semata mata nak tengok matahari terbit . bukan senang nak tengok matahari warna oren macam tuh kan . masa pagi , air laut belum pasang lagi . sebab tu nampak luas tuh .
                                                        

 
 tengah hari , baru air laut pasang , anak buah aku apa lagi , semua bukan main suka lagi mandi sampai bawak pelampung bagai laaa . aku tak mandi pun , takut gelap katanyaa  . hahaha jadi tngok jela diorang mandi .lama memang lama lah berendam dalam air tuh , sampai muka diorang gelap kott . that's why aku tak nak mandi .tapi last last , masuk juga laut tuh sebab kayak punya cerita lah . heee penat betul berkayak , cadang nak pegi dekat jambatan tuh . tapi apak jauh . memang tak laa nak pegi sana .

 
 
 


dekat situ , air akan surut dua kali sehari , pagi and petang  ,jadi bila air dah surut lain pulak kerjanya dekat pulau tuh . oprasi mencari lala bermula . terkorek korek pasir dekat situ sebab nak cari lala. hasil dia memuaskan lah , dapat banyak lala bila di kumpulkan .yang aku ni orang cari lala , aku sebok dok buat benda tuh . haha SPM  k SPM .

okay , siapa yang pergi PULAU AMAN kalau tak makan mee udang dia memang rugi aa . mee udang dia memang sedap gilaa wok ! hahaha . 


so holiday kali ni best sangat sebab dapat spend time dengan family . hopefully next trip pergi tempat yang lagi best macam ni . thanks mak and ayah sebab bawak kami pergi situ :)
gtg . assalamualaikum ..